Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Follower yang Cute..

Rabu, 24 Jun 2009

KENAPA LAMPIN KAIN

Kenapa Lampin Kain?

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas yang lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya


Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome


TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.


Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik


Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam
Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah

Kos bagi lampin pakai buang
Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu
RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun

Kos menggunakan lampin kain

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM35.00

Insert (Lapisan Dalam): RM18

Jumlahnya: RM82Beli 12 helai: 12 X RM 35.00 =RM420.00Beli 24 helai: 24 X RM35.00

=RM840.00 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)Kos kekal sepnajang 3
tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah anak seterusnya.


Latihan awal ke bilik air
Semakin bayi membesar, ia mudah mengecam perbezaan basah dan kering. Ini menyebabkan bayi ini mudah di ajar menggunakan bilik air
Lampin kain kini juga telah banyak dimodenkan dan memudahkan ibu-ibu. Dan banyak terdapat di pasaran, dengan pelbagai jenama dan warna yang menarik. Dan jika anda mempunyai pilihan, adakah anda lebih suka duduk di atas plastik atau kertas atau atas kain yang lembut?
Ingin mengetahui lebih lanjut, sila hantar emel kepada saya sue.ida84@yahoo.com
Saya sedia memberi penerangan terperinci.
Terima kasih...

0 comments:

Catat Ulasan