-Masukan cd dalam Mesin Kalau de net beg lagi elok..
-Masukan sabun jangan masukan softner atau Klorok nanti akan merosakan material
MY COOLaBABY CLOTH DIAPERS UNDER THE SUN
PREWASH (Pra basuhan):
1- Ini adalah basuhan pertama apabila anda baru membeli cd. Kiranya acara mandi bunga la... Perasmian untuk digunakan.
2- Caranya adalah.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali. Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur ya dear
3- Untuk material HEMP, basuhan secara berasingan perlu dilakukan. Hemp perlu diasingkan dari CD/insert material lain semasa Prewash.
4- HEMP juga perlu di prewash kan dengan air panas.
5- Bagi material microfiber..memadai basuh macam biasa
DRY PAIL SYSTEM
1- Sebenarnya ada Wet pail, Dry Pail tapi ku pakai 1 jek baldinya
2- Balik dari nursery..bilas sket Cd yg telah digunakan. Then masuk dalam 1 baldi TANPA AIR
3- Kumpul sampai hari pembasuhan.
4- Sekali gus basuh semua sekali dan masukkan CD dalam barisan di atas (jemur di ampaian)
STRIP WASH
1- Sepanjang ku bercd ni..ada 2 kali baru ku buat strip wash (ku dah bercd 13 bulan..alhamdulillah)
2- Strip wash dibuat apabila mendapati Cd mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cd)
3- Basuh cd satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
4- letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 sket..:D
5- Bilas then ku masuk mesin kasi bilas.
6- Bilasan terakhir ku letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cd.
7- setelah ku buat strip wash... maslah leaking dapat di atasi.
8- Perhatian ya tuan puan.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Tak baik untuk kesihatan CD kalo dilakukan terlalu kerap.
0 comments:
Catat Ulasan